Friday, October 4, 2013

Wajib Tiap Petang


Salam Jumaat~ Yeay esok cuti boleh gado-gado manja dengan anak dara kesayangan.

Sekarang dah pandai sangat nak beriadah tau ini budak tecik..Dahla makin bijak sekarang dah pandai cakap banyak sangat, suka ajuk cakap orang, dah faham apa kita cakap or suruh..Semoga anak mama nie akan terus bijak camni sampai besar yer sayang..

Sebabkan dah banyak akal sekarang nasibla korang tiap-tiap petang sekarang heret atuk dia ajk pergi padang nak main permainan sekangkang kera tue..
Macam tahu-tahu jer asal dekat pukul 5.30petang dah mula tarik-tarik tangan atuk ajak kuar nak "men men" (main)..hihi

Kalau tak dilayan dia akan mengarokla dalam umah tue ampai atuk tak tahan kua jugakla..Kekadang tokma dia ajak nya asalkan dia dapat keluar..Bijak eh!! Dahla sekarang baru dapat akal baru dia pulak buat-buat cebik muka nak nangis kalau kita marah ke tinngi suara ke tak layan dia ke..Tak menahan cebik muka sampai merah mata nak nangis pastu bila kita peluk dia pujuk dia dan-dan dia sengih tau..grrrrr Geram jer nengoknya~ Mana belajar nie sayang.

Sebelum nie kan kalau dia buat sesuatu taknak dengar cakap kitaorang akan buat-buatla nangis ke majuk kan sekarang dia plak pandai kenakan kita camtu..




Aku bukan apa kesian nak bagi anak aku main kat padang umah nie sebab permainan tu dah la ke hujung padang dekat dengan pokok-pokok semak samun jadi banyakla nyamuk..Selalu sangat asal balik main jer mesti ada 'lovebite'..Kesian kat dia mula gatal nanti habis dia garu takpun dia ngadu kat kita "atal,awuk awuk nie" (gatal,garuk cini).. 

Diva sangat kan anak mama nie..hurm

Mainan kat cini bukan untuk budak bawah 2tahun pon sebab xda langsung ciri keselamatan..Sesuai untuk 2tahun ke atas yang dah pandai nak main sendiri..
Anak aku nie kemahen suka bebno naik buai tau,kat taman nie buai dia bukan ada cam gelung tue togel camtu jer jadi atuk dia memang tak beranila nak bagi naik tapi sebab semalam aku yang bawak dia jadinya aku bagila dia naik tapi aku punyala pegang dia takut jatuh sudahnya aku dia marah siap cakap "pi pi" (tepi tepi) sambil tepis tangan aku..

Amboi nak macam dah beso sangat ko kan satg bila dah jatuh luka mak nie jugak yang ko cari kan!


Kat cini pun mainan tak banyak setakat ada buai 2biji, gelongsor, jongkang jongket dengan kuda yang cam ada spring bawah tue..

Lau dengan atuk jer sian dia asikla main jongkang jongket jer..dah nie jer yang atuk cakap kurang bahaya..Tapi atuk penatla kena jongkang jongketkan..hahaha sian atuk dik awak dera eh.


Dahla sekarang cukup susah nak amik gambar..Kalau panggil tu dah macam tarzan aku terjerit-jerit suruh pandang camera ikut mood diala nak pandang ke tak..huhu

Dah berani panjat sendiri tangga gelongsor..Aku perhatikan aje dia panjat sendiri pastu dah pndi slide sendiri badan tue lau sebelum nie kita kena slidekan badan dia pastu pegang tangan dia sebab tak berani..Tapi sekarang janganla sibuk-sibuk nak pegang ke hape amukan azazil jadinya karang.

Bila dah tengok dia pandai dah main kat taman permainan nie jadinya apak dia kata sekarang dah kenala bawak dia selalu pergi titiwangsa ke tasik perdana ke bagi dia main puas-puas..Ok jugak tue takdelah dia terperuk jer dalam umah nanti tak berkembang gak otaknya.

Okla anak nanti esok dengan ahad cuaca elok kita pergi tasik eh..bagi can awak main puas-puas..

Okla bye..Taktahu nak citer apa lagi.Sejuk giler ofis hoi naik beku dah nie.

Blog Widget by LinkWithin