Monday, September 30, 2013

Al Fatihah

Monday kembali!!!!~

Tengah hari semalam dapat wasap dari budak ofis bagitahu salah seorang staf dekat ofis aku meninggal lemas..Tapi cuma dapat berita camtu jelah tak dapat kesahihan sangat lagi..

Semalam pulak memang agak busy dengan sedara datang dari Melaka jadinya aku cuma sempat baca sekali lalu jelah..Dah petang cikit baru dapat call dengan kawan aku yang suami dia satu unit dengan arwah dan suami dia dah sahkan memang betul berita yang aku dapat dari wasap..

Terkejut!!! Yer terkejut sangat-sangat sebab aku baru jumpa dia minggu lepas dia ada datang unit aku hantar surat..Dan sempatla tanya dia camne sekarang pas kawen,sebab dia baru jer kawen lom sampai sebulan.. Dah takdir dia, semoga dia tenang disana..



Cerita selanjutnya dekat sini dan sini..

#masih terkejut lagi sebab terbayang-bayang muka arwah..Dapat tahu pagi nie dekat unit arwah ada bacaan Yasin..Al fatihah untuk arwah..Semoga rohnya dicucuri rahmat.



Wednesday, September 25, 2013

Cuti-cuti Avilion Port Dickson

Citer nie dah basi wei bulan 2 yang lepas masa cuti ari Wilayah..Tapi tetiba rajin nak citer plak,bukan apa nanti boring-boring boleh baca..Lagi satu rindu nak tengok ini budak masa dia molat sekarang dah selim melim.~

Aku pergi sini ari Sabtu balik ahad..kejap jer pun pergi saje nak intro pantai dekat budak nie lau lulus bole pergi lagi..Nak tahu lulus ke tak korang kenala baca sampai habis eh.

Lau aku nak pergi sini secara sendiri memang takla kan dahla tido jap jer dengan harga yang mahal tak berbaloi plak tapi sebab kawan aku dapat voucher jadi bolela merasa eh dari tak merasa langsung. tenkiu eh mamy aty.(@_@)


Gerak dari KL pun da lambat sebab papa yaya keje aritu..Dan tue yang buat aku tak sempat nak pergi besday party fayel..Xper fayel taon depan kitaorg tetamu yang awal eh!

Ini budak excitedla dapat jalan kan..renyah jap nak duduk depan jap nak duduk belakang letih aku tau.

"Apa tengok-tengok?" Geram lak nengok budak molat shotak nie..huhu


Nie bilik kitaorang. 822. Kalau tak aku amik yang water chalet jer sb nie pun dah mahal tapi mamy angkat yaya baik hati upgrade bilik kitaorg jadi premium water chalet sama dengan dorang..

Beza tau water chalet dengan premium water chalet nie.. Water chalet tak mengadap betul-betul laut kira akan mengadap dengan bilik yang lain kalau premium water chalet pulak mengadap laut..Tuelah beza antara water chalet dengan premium water chalet.


Bilik aku nie memang mengadap laut tapi nampak cikit water chalet yang depan tue sebab aku bahagian staright yang depan tue bahagian corner..

Seela kaki de gebus lelemak itu..Dah macam peknen 9bulan lak aku nengok kaki nie cam bengkak..huhu Bilala nak dapat kaki tirus mirus cam dulu balik?!!~


Hoila ini budak manyak hapy lor..Aku gayat bagi dia berdiri kat beranda tue takut dia amsuk celah-celah kayu kat beranda tue terjun ke bawah lak..

Hish jangan buat pasal..Dahla nak dapat susah budak nie hoi macam-macam cara buat sampai dapat..bear uchuk tak tinggal ok..untung sguh bear nie rata da ikut kitaorang jalan.


Nie view dari pintu masuk bilik kitaorang..Depan straight tue bilik mamy angkat yaya..


Masa nie dalam pukul 4 ke 5petang..jadi air surut lagi baru nak pasang balik..


Bilik mandi..Yaya sukala berkubang dalam nie sampai taknak bangun..huhu


Nie shower..open air gitew masa aku mandi nampakla kapal terbang atas tue..tak tahula dorang nampak ke tak aku tengah mandi..nasibla show free


Nie dari dalam bilik..Ada tingkap tengah-tengah antara bilik dengan bilik air..Jadinya kenala kunci kalau tak syok jer orang mandi kita boleh nengok free jer dari atas katil..haha

Kalau pergi anak beranak aku bolela buat tiger show nie pergi sekalai dengan family aku mampus pengsan dorang nengoknya..>oppsss!!!


Ala omel-omelnya anak mama nie pakai baju mandi..baju nie mamay dia yang belikan,mekacih mamy..
Nasib baikla muat tak besar tak kecik..Kemain ko dah bersediala tue nak pergi swimming..

Botol memang serasi dengan dia dari dulu hingga kini..Tak faham aku apa yang bestnya dengan botol-botol nie..Kadang sampai gadola nak amik botol dari dia.. [...]


Opssss!!!!!tak sengaja la plak..Gatal la tunggu dorang nie sume siap lama sangat yaya tengah syok garu mama amik gambar.Mama sabotaj yaya..huwarghhh

Takdela dia bukan tengah menggaru ke hapa cuma tangan letak kat ctu tak sempat angkat aku dah tangkap gambar dia..hihi


keadaan dalam bilik..Eh tue atuk la termasuk separuh badan dia..Atuk tengah rehat-rehat la konon penat drive walhal papa yaya yang drive tau..


View dari katil..


Nie nak kua petang tue beli pelampung dan nak bawak yaya mandi pool..Semangat sume orang tau..

Mesti dia seronok nak amndi pool sebab dia kan memang suka air..Korang nak tahu ke dia seronok ke tak? Meh nengok seterusnya yer..

v


v


v



hahaha niela rupanya..Melalak okey dari mula amsuk sampaila nak balik..Memula kemahen seronok gelak bagai sekali papa dia bawak jer cecah kaki lam pool nie dia punya melalak mak aihh satu garden nie bole dengar..

Dah dia melalak beria-ia mandi tak sampai 20minit pun okey tak larat nak dengar dia menangis jerit-jerit ma ma sian plak aku dengo nya..

Apalah adik nie semua dah comel lengkap baju renang pelampung snow cap bgai sekali bantai melalak plak..


Nie malam sebelum kua pergi makan..Kemain seronok dia kacau atuk kat bawah tue..Main cak-cakla guling-gulingla..


Nie nak keluar pergi makan..Tak makan kat dalam nie sebab voucher tue tak provide makan sekali..
Niela family kecik aku, sebab tue aku pergi mana-mana mesti nak bawak family kecik aku nie sekali..


Nie view dari lift..


Nie nak pergi ke entrace..depan tue kaunter masuk>~


Ececeh bangun pagi jer terus duduk kat beranda nie..Dahla dia yang tido paling lambat dia jugakla yang bangun paling awal.. [grrrr]
aku nak bangun lambat cikit pun tak bole dia asikla dok lepuk-lepuk muka ajak bangun.


Pemandangan private pantai Avilion..Masa nie belum hujan lagi tapi tak sampai 10minit berdiri ujan plak bole tahan gakla lebatnya..

Semalam cubaan mandi pool gagal kan,agak-agak korang cubaan mandi pantai lulus ke tak??Cer tengok...


Hurm GAGAL jugak..Dia bantai meraung sampai tak keluar suara nangis takut..Bukan nangis cikit-cikit sampaikan mak aku isau takut dia "menarik" time nangis tue..

Langsung dia taknak turun jangan kata turun nak pergi dekat cecah kaki kat air pun menangis macam hapa..Tambah plak ujan lebat gak aku bengang terus bawak dia balik bilik..

Yang dok kat pantai lagi family aku..Aku dengan papa dia terus balik bilik hilang mood nak mandi..

Tapi bila balik bilik dia dah ok papa dia keluar gak pergi lepas gian mandi pantai plak aku layanla budak ngade nie mandi dalam bilik saje..

Kemain lagi saampai taknak bangun..Bergado-gado aku dengan dia sampaila papa dia ngan family aku balik papa dia plak amik alih mandi dengan dia dalam bilik..


Sebelum balik bilik dapatla amik gambar pantai nie jer hah..Haihla anak nie macam-macam ragam..


Dah siap mandi sume..Tengah tunggu kitaorang kemas bersiap semua nak check-out.. Anak aku nie dari dalam hari lagi dah terserlah kesentilan tau..Mujur sekarang dah kurang cikit..


Rindunya time molat nie..


"Apa tengok-tengok?" mama dahla asik amik gambar jer.."


Nie masa nak check-out ada gamelan kot kat pondok tue..Kat cini ada persembahan tapi ikut timela pagi dengan petang sekali tak silap akula..Lupa plak


Sebelum gerak balik lepak dulu kat coffe house Avilion..Mamy yaya nak habiskan voucher yang tak jugak habisnya..huhu
 Tuela mamy angkat yaya..


Baju merah tuela suami mamy angkat yaya..Sibuk betuk uncle amin cari orang nak order makanan.. [ngehngehngeh]


Lupala nie kek free ke apa ntah..Sedap la jugak kek blackforest kot..


Alahai nampak betul keshotakan anak mama nie..Anak bapak nie sampai sekarang.. -_-'


Upacara pemotongan kek..Masa nie air belom sampai..
Papa yaya dia order air tembikai pastu dia bagi yaya sedut straw sebab dia kata anak tak pandai lagi..

Ko kata dia tak pandai sekali dia sedut hah hamek tersedak berkerut muka telan air tembikai..Bengang betul aku masa tue dengan apak dia..Dia mulala kan bila dah dapat benda baru ngadala nak jer takmo benti..

Lepak situ pun tak lama sebab ayah aku ajak pergi umah kawan dia dekat port dickson tue gak tapi jauh ke atasla dah nak sampai sempadan melaka pun..Kawan lama masa sebelum pencen..

Dah kenyang-kenyang makan kat umah kawan dia terus gerak balik KL,sampai umah dalam pkul 6 ke 7pm camtuela..


Lepas dari tue tak pernah lagi bawak yaya mandi pool ke laut ke..Ingat nak bawakla balik sebab sekarang dia dah besar dan dah faham kot pasal tempat-tempat nie..

teringin nak pergi Gold Coast Morib tapi ngenangkan apak dia susah cuti jadinya tak bolela nak plan sangat..Kalau apak dia free terjah sajela..
Lagipun dah lama tak cutu-cuti pantai nie..

Korang jangan muak eh tengok gambar..kutkan lagi banyak gambar tapi melampaula nak letak semua juling plak orang nak nengoknya..

Selamat Membaca yer..tenkiu kalau ada yang sudi baca..

ok bye.

Suka Tengok Gambar Lama


Salam..Rabu sudah..

taktahu nak bagi tajuk apa sebenarnya kira bolela cenggitu takde tajuk tak best plak..

Arini lega cikit dah gaji bolela bayar apa yang patut..Dahla tak emmasal celcom pegi bar line aku tak pasal separuh nyawa aku ilang semalaman takbole nak ngedate tau..Tido awal langsung semalam frust tak bole nak join group mengkude~

Nie dah takde keje nak buat sajela godek-godek gambar lama tetiba tertengok gambar budak shotak nie..
Masa nie umur dia 8bulan..Tapi aku stil lagi tak berani nak mandikan dia dalam bilik air jadinya aku mandikan dia dalam bekas mandi nie depan bilik air..

Tapi masyallah nak bagi dia duduk diam punyalah suusah..Sebab dia suka main air jadinya kalau asal nak mandi mesti aku bersilat ngan dia nie tau..Tak geti langsung nak duduk diam..


Borak-borak santai ngan group mak-mak muda kat ofis kan aku citela pasal masalah nie sekali salah sorang member aku bagitahu idea nie..Dia suruh beli magnet yang bole lekat dekat tiles, so at least anak nanti ralitla nengoknya kan..

Aku tanya member aku mana nak beli dia kata dia beli online..Dia ckapa aku tak payahla beli sebab dia nak bagi present kat anak aku jadinya dia belikanla..Owh tq yer sahabat.

Yang ada design time tue cumala spongebob sekarang tak silap aku ada design lain selain spongebob kot sebab Geng Mengkuda ramai yang beli dekat ctmah.. [glamer ko tmah] [tokey GM nie]


So balik tue dengan tak sabarnya aku pun nak mandikan anak aku awal dari biasa..Sebelum nak mandi tue aku tampal dlu siap-siap..Benda nie senang jer nak tampal basahkan pastu tepekla tapi dengan syarat kena dekat dinding bertiles la lau simen biasa tak lekat kot. Ntahla tak try plak tampal kat simen..


Huish ralit nengok benda tue..Pelik dia apa plakla dekat dinding nie selalu aku mandi takde lak nengok kaler-kaler nie..Memula dia macam takut-takut gak macam gayat pun ada tapi dah lama cikit sibuk plak nak mencapainya.

Tak menahan nak capai bila dah dapat ngap masuk mulot.. [grrrr]


"Nie binatang apa la mama lekat nie..Macam-macam tau"..


"mama, wekkkkk..ingat yaya takut ke?soryla setakat span kuning dengan jelly pink nie takde hal la sekali yaya ngap dalam mulot kenyang.." -_-'


terlalu ralit punya pasal mandi yang sekejap jadi lama..Yelah dah dia sibuk nak mainla nak capaila aku nak mandikan dia susah..
Taknak pusing belakang taknak berdiri tue jadi lagi lambat..Belum lagi campur dia melalak dia taknak bangun nak main kocak-kocak air la telan air la sembur airla..huhu

Memang mencabarla mandikan dia bila masa dia tak pandai berdiri sendiri lagi..Tapi sekarang dah senang sebab dia dah pandai berdiri berjalan sendiri kan..Tapi peel lain plak sekarang nak mandi biasalah da besar kekonon..

Magnet nie ada lagi aku simpan tapi spongebob dengan patrick dah hilang tak tahu mana anak aku campak..nasib baik huruf-huruf ada sume lagi sayangla sebab orang hadiahkan..

Okla dah tak tahu nak citer apa..Tak geti nak sudahkan entry nie aku babai jelah erk..hihi

babai.

Monday, September 23, 2013

Aktiviti Sepetang Bersama..

Monday bluessss!!!!~

Arini semangat nak datang keje sebabnya nak update pasal aktiviti petang semalam..Festime nie nak try n error bawak anak pegi playground..Kalau ok kita boleh teruskan aktiviti nie bila wekend kalau tak ok mohla kita window ukur soping complex sajala..huhu

Semalam petang lepas papa balik dari penang mulala anak dia xnak dok umah mengarok-ngarok nak ajak keluar..Jadinya papa dia ajak pergi Titiwangsa terus senang.Keluar umah pun dah lambat pkul 5.40pm sampai sana jalan jem aku ingatkan tak ramai sekali amik ko nak cari parking jer pun hampir 10minit campur jem nak masuk ke dalam dekat setengah jam jugakla.



Tapi takpelah demi anak aku redahkan jugakla..Padahal aku nie bukan jenis suka aktiviti outdoor gini,panasla konon nti habis kulit gelap padahal memang dah gelap..Apekah??
Sesuatu sungguh tau statement. -_-'.

Masa kat umah kemain beria anak dara nie dok usung beg dia ke hulu hilir tak sabar sangat nak pegi playgorund..Comel la plak anak mama bawak beg camtu.. [puji anak sdri]
Baju tue aku ingatkan besar nie mama long dia bagi balik dari sydney..Ada 3pasang tapi cam besalah aku nie kan solid molid sangat jadinya baju aku jer yang akan disimpan tak tahula sampai bila bole pakainya..


Masa sampai da kemahen teruja anak aku nie..Tambah plak dia nengok ramai kawan-kawan baya dia dok main bola la keta mainanla..Alahai aku memang tak terpk nak bawak mainan tue sume lepas nie bolela bawak sebab kesian kat dia dokla sebut ball ball pastu nak naik kete mainan orang lain..

Xper sayang papa dah janji pasni lau wekend cuaca elok kita pegi taman eh bole kua peluh lelemak tanje mama nie sekali kejo mengejo awak..~ ^-^


First mainan yang dia main gelongsor..Dah tersyokla tue main masa pegi umah daaliya..Tapi main gelongsor ulat nie dia takut cikit sebab macam dalam terowong kan tue dia tak gemar sangat..
Muka masam jer masa papa dia lepaskan dari atas aku tunggu kat bawah..

Yang bengangnya masa dia naik sendiri nak pergi ke dalam terowong tue ada budak laki umur dalam 7 8tahun kot bantai tolak anak aku nasib tak jatuh tersungkur..Geram aku tak pasal otomatik aku jerit marah budak tue suruh main elok-elok tak payah sampai nak tolak budak kecik kot!!!! Sume kat ctu pandang jer aku. Lantakla anak aku tue annti kalau jatuh ke jadi pape bukan korang nak tanggung..

Nie kita awasi tengok depan mata kalau tak pandang lepas sesaat agaknya dah tergolek molekla anak jadinya..Sabo jelah.


Dah puas main gelongsor bawak main jongkang jongket plak..Tah betul ke tak ejaan nie gasakla..huhu
nasib baik masa nie ada budak perempuan umur dalam 3 4tahun dok main sama jadinya takdelah penat aku nak kena tekan sekali..Kemahen dia suka wei..Pastu bila budak tue dah balik bantai nangis panggil "kakak kakak" nak ajak main lagi..

Alahai anak mama nie..Dah pandai sungguh nak bermain dengan kawan-kawan..Sebak lak ase anak aku dah makin besar..huwarghhhh

See anak bapak pakai baju sedondon mama jer yang out dari tema..huhu Takpelah tunggula kot ada keajaiban mama dapat balik berat 50++ kg balik.. -_-"


Hoila yang nie yang paling anak aku suka sekali..Paling lama dia main nie jelah nangis-nangis taknak bangun tau..Sejuk agaknya bila kena angin sepoi sepoi gitew..
Yang tukang buai apaknya la aku tukang amik gambar ngan video..hihi pada aku comel sungguh masa anak aku main buai nie..

Asikla papa dia soh duduk elok elok anak aku nie apa dia kisah tetapla dia dongak kepala sampai nak terputus plak aku nengoknya..

Eh sekali tengok anak aku masa nie dah macam anak Julia tau si QI yang ensem tue..Tapi anak aku nie version kulit sawo matangla lau Qi kulit putih gebu..Haihla anak bilala nak tumbuh rambut..

Dahla ada orang tu tegur anak aku ingat boy. Sebab anak aku sibuk teruja nak main bola sama ngan anak dia jadinya dia sohla anak dia bagi ball kat anak aku..Sekali aku cakap anak saya gurl terus dia senyum minta maaf..hurm takpelah dah biasa kena cenggini. -_-"


Last main apa ntah nama nie..kuda eh?keduk keduk..Sekali main beria enjut-enjut terantuk kat kepala keduk keduk  tue mujur tak berdarah mulot..Tue muka cam kepelikan jer..hahahaha


Anak aku nie cam kepochi jugak..Sibuk nak main sibuk jugakla nak pandang sekeliling..menci tau mesti nak ikut gak kejemahan mama dia..
Aku dah penat ajak papa dia rehat makan aiskrim plak..Lagipun dah nak maghrib kan tak bestla balik maghrib-maghrib nie nanti takut ada yang tak kena..


Dudukla kat tepi permainan tue sambil makan aiskrim..Anak aku nie beria nak makan sendiri tapi papa dia makan sampai da tinggal cikit baru nak bagi kat dia..Sekali bantai melalak taknak nak jugak yang banyak malas nak dengar bagi jelah baru makan sikit langsung jatuh ke bawah dia tak pegang kuat..
bagus jugak takdelah dia dapat makan banyak..Aku nie bukanla nak sangat bagi anak aku makan jajan nie lagi tapi setakat merasa bagi sikit bolela..

Tapi stil lagi cekedis cekedis gula coklat sume aku tak bagi..takut gigi dia rosak wei..Sayang gigi taknak jadi macam gigi mak dia..hancusssss!!!!!!!!!!~


Alolo comot-comotnya anak mama nie..Ya Allah comel sungguh anak mama nie eh..Gasakla puji sendiri dah takde orang nak puji anak kita kan baik kita sendiri puji walaupun ada yang muntah cakap anak aku xdala comel mana..hahaha nie aku meroyan sendiri eh xda kena mengena dengan yang hidup ataupun dah mati.

Ok da settle makan aiskrim makan buah tembikai mnum air masak mohla kita pulang..Tersangkut nak kua dari titiwangsa tue sejam hokey..Tak pasal sampai umah dekat 830pm..

Tapi best sebab dapat bawak anak explore dunia luar..Bagi dia berkawan hidup dalam kelompok ramai-ramai sebab aku taknak anak aku macam duduk dalam tempurung tak geti bergaul..

Ikutkan sekarang pun anak aku stil lagi tak pandai nak bermain dengan kawan-kawan sangat tapi takpelah slow-slow kita ajar..Aku tak suka pkasa anak nie.Biar dia buat sesuatu dengan minat dan cara dia sendiri.


Ok.Weekend ni papa dah janji nak pegi lagi tapi macam nak tukar la plak pegi tasik perdana pulak ke..Jom sape-sape nak join mohle kita berkelah yer mak-mak..pak-pak cam biasalah jaga anak yer mak-mak leh bergosip peluh gak tue..wootwoot~


okla babai......


ps/ Eh lupa plak malam semalam aku ada join GA tau dari blog aini.Tak tahula valid ke tak sebabnya lagi bape minit jer pun aku baru join..huwarghh harap valid dan menangla hadiah 1st..Aku memang nak setia balik makan Shaklee nie sebab Shaklee nie sesuai ngan aku start dari taon lepas aku makan yang set menyusu punya..Sekarang aku tengah makan Lecithin ngan Alfalfa nak bagi badan cergas dan sekali kot la boleh kurus..Dah tak larat sangat dengan berat sekarang apapun jadi malas nak buat..
Lau menang aku nak Lecitihin sebab serius best tau Lecithin nie buat aku punya pembuangan lawas sehari mesti 2/3x..cehh nie pun nak gtau ke..hahaha

Tapi kan kalau la set kecantikan trial tue murah nak sangat-sangat try..Lepas bersalin muka jadi terukla warna da xsekata jeragat pun banyak xilang-ilang..huhu

Ok aini harap nie mengikut syarat..kalau takde rezeki takpelah sila kua duit sendiri eh beli Shaklee.. -_-'

babai...daaaaaaaaaaaaa

Blog Widget by LinkWithin