Wednesday, September 19, 2012

Selesai Sudah Majlis Adelia Zahra

Ish memang teruk betul mama Adelia nie tau,da 2minggu habis majlis Adelia baru nak citer..Kesuntukan masa la,ni pun ada masa sebab da beli mknan siap-siap pagi tadi jadi xpayahla kua lunch arinie.
So bolela update cikit blog yang suam-suam kuku kaki nie~!
Pic sume dari OP,xpelah anak first so belanja lebeh cikit apala salahnya..

Nie dari beg goodies Adelia zahra untuk para tamu..

Ala salah susunan plak,nie baju lepas dari majlis cukur jambul..geram tau ngn Adelia nie,kebanyakan gambar dia pakai gaun nie sume jari lam mulot..grrr

Nie masa tengah marhaban,muka ngantuk sebab bangun awal aritu..so dia agak moodyla

alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan..semoga anak mama jadi anak yang solehah bila besar nanti yer sayang..
mama ngan papa akan berusaha mendidik kamu ke arah kebaikan dengan izin Allah swt..*sebaksudahmataberair*


Tuesday, September 4, 2012

Jemputan ke Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Adelia Zahra,dan terus bersambung ke Open house

Bismillahhirrahmanirrahim...

Dengan berbesar hati saya Shazura Mohamed Shah & Mohd Akbar Zainol ingin menjemput rakan-rakan blogger ke Majlis Aqiqah & Cukur Jambul puteri kesayangan kami, Adelia Zahra pada 8 September 2012 hari Sabtu dari pkul 10.00pagi dan selepas majlis Aqiqah diteruskan pula dengan Open house sehingga 8.00malam..

Kalau sape-sape yang free time tue bolela datang dan kita pun bole berkenalan jugak antara satu sama lain..
Kalau nak datang tapi xtahu umah,bole call sy kat no tue nanti sy akan bagi directions..

Semoga kehadiran kawan-kawan sume akan memeriahkan lagi majlis puteri pucuk kelompang sy tue..(@__@)


Blog Widget by LinkWithin