Thursday, December 24, 2009

DUNIA SEKARANG MAKIN KEJAM...

Apala nak jadi dengan manusia zaman sekarang??? xtahula yg sekarang nie haiwan telah bertukar menjadi manusia atau manusia bertukar menjadi haiwan????

xfikir ke perasaan mangsa bila dperlakukan sedemikian??
kalau rasa xmampu nak bela/jaga anak tue berila pada orang yg lebih memerlukan..!~

kenapa nafsu semakin beraja dalam kehidupan skrg??? kalau rasa nafsu tue da thap seton pegila ke tempat2 yang menawarkan khidmat touch n go tue..!~
owh sy benci bila berita skrg xhabis2 dengan serangan seksual pada bayi/kanak2/remaja..sudahla dirogol,diliwat,dibunuh plak tue ada yg dihumban mayatnya ke dalam sungai,loji,longkang,semak etc..

manusia jenis apa korang nie??? nie bukan manusia tapi b*** thap seton thap ****...!!!
sy agak emo bila isu2 nie hangat kembali, yela sy yg teringin nak anak punyala susah nak dapat..!~
Pelbagai usaha sy buat smpkan sy dicop plak 'MANDUL' binatang2 nie plak senang2 jer sgup buat pada kenalan dan paling keji pada darah daging sdri..!!~*nauzubillah*

betula dunia semakin hampir pada penghujungnya sebab tue skrg makin banyak jenayah2 begini yg terjadi..!~
seolah2 tiada lagi undang2 dan agama yg dapat membimbing akal fikiran dan daya manusia untuk berfikir..~!

*cubala uols baca petikan keratan akhbar dibwah,pada sesapa yg belom thu psl berita nie..*
sy insaf dan sy cuba menempatkan dri sy dekat kanak2 nie dan pasti sy juga merayu dan terus merintih dalam kesakitan agar sy xdiperlakukan sedemikian..
sy mula jadi semakin paranoid dan sy mungkin akan menjadi seorang protector yg terlalu pasif sekiranya sy mempunyai anak nanti..~sy tidak mahu permata yg sy ada akn jadi sia2 dan sy pasti akn menjadi terlalu pasif dengan keadaan sekarang..!!~

Mangsa serangan seksual

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Tidak berhati perut, apabila bedah siasat selama empat jam terhadap mayat seorang kanak-kanak misteri ditemui terapung dalam sebuah kolam tadahan banjir jam 11.30 pagi kelmarin, menunjukkan mangsa turut mempunyai tanda diserang secara seksual.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner, Zakaria Pagan, juga tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh individu dikenalinya dan mungkin ahli keluarga sendiri.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Zakaria bagaimanapun, enggan memberi keterangan lanjut dan meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan dan menunggu laporan penuh hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa.

Katanya, bedah siasat awal bagaimanapun, mengesahkan mangsa mati akibat jerutan kuat di leher menggunakan sehelai tuala kecil yang masih terikat kuat di leher mangsa ketika mayatnya ditemui tersangkut pada perangkap sampah di Kolam tadahan banjir, di Kampung Boyan, Jalan Gurney, Jalan Semarak.





Jerutan kuat pada leher menyebabkan mangsa mengalami lebam di leher serta kedua-dua lututnya melecet dipercayai akibat diseret untuk dibuang dalam kolam terbabit.


Ketika dijerut dipercayai kanak-kanak terbabit cuba melawan tapi gagal.

“Beri kami peluang menunggu hasil laporan penuh terhadap sampel tertentu dijalankan Jabatan Kimia dan Patalogi sebelum mengeluarkan laporan penuh sama ada mangsa sah diserang secara seksual atau tidak, sehingga kini dia hanya disahkan mati akibat jerutan kuat pada leher.

“Kami percaya mangsa berusia sekitar 12 tahun itu dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan terbabit berikutan tidak menemui sebarang kesan berlaku pembunuhan di kawasan itu. Mangsa dipercayai dibuang sejurus dibunuh berikutan keadaan mayat belum reput dan kembang dalam air serta berkeadaan baik,” katanya.

Beliau turut menolak andaian, mangsa dihanyutkan arus berikutan paras air pada dua anak sungai mengalir ke kolam tadahan itu, cetek dan mustahil mangsa dibawa air sebelum tersangkut pada perangkap sampah dipasang.

Walaupun pintu masuk berkunci dan kawasan tadahan air terbabit berpagar, masih terdapat bahagian tertentu boleh dibolosi.

Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan separuh bogel hanya memakai sehelai baju tidur tanpa lengan dengan corak bintik warna biru dan gambar patung beruang.

“Sehingga kini masih belum dapat disahkan identiti sebenar mangsa termasuklah keturunan dan bangsa. Untuk gambaran mangsa berbadan gempal dengan rambut paras bahu, berkulit gelap, tinggi kira-kira 122 sentimeter dan berkening lebat.

“Kami kini mendapatkan bantuan jabatan patalogi untuk mendapatkan identiti sama ada mangsa warga tempatan atau asing berdasarkan rekod cap jari dan pergigian, walaupun mempunyai kesan suntikan BCG di lengan tetapi tidak membuktikan dia warga negara ini,” katanya.

Beliau turut menyangkal penemuan mayat kanak-kanak misteri itu berkaitan dengan beberapa siri kejadian culik dan bunuh membabitkan kanak-kanak perempuan yang menggemparkan seluruh negara beberapa tahun lalu.

“Orang ramai diminta bertenang, polis menyiasat kes ini sebagai kes baru dan tiada kena-mengena dengan beberapa kes sebelumnya,” katanya.

Polis turut menolak laporan seorang nenek bahawa cucunya yang hilang sejak dua minggu lalu adalah kanak-kanak misteri berkenaan berikutan foto wajah gadis terbabit tidak mempunyai mirip wajah mangsa.

Zakaria berkata, usaha mengesan waris mangsa juga gagal berikutan belum ada mana-mana individu datang membuat laporan berhubung orang hilang, walaupun pihaknya sudah memaklumkan kejadian itu kepada semua Balai Polis Daerah di seluruh Malaysia.

Berikutan itu, mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Asisten Superintendan, Che Aziz Md Isa, di talian 012-9280024.

Polis hingga kini masih menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

(Petikan sy copy paste dr harian metro hari nie..)


LoVeaQsHa

2 comments:

Gieyana said...

mmg mcm2 kan skrg..itu tandanya dunia di akhir zaman yg dh terang2an tulis kat Al-Quran..wallahualam...

tp mmg dasar org yg takder perasaan yg buat benda2 cenggitu!mmg sedeyy kan!

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.kalau sangap sgt, kawen je lah!
.benci betul! :(

Blog Widget by LinkWithin